Isnin, 15 November 2010

KAU BUTA HATI

Mengapa tiada yg mengerti hati & perasaanku?
apakah aku yg bsalah? apakah aku yg tdk memahamimu?
aku telah sedaya upaya, telah bersungguh-sungguh utk memahamimu...
tp ape gunanya kalau hya aku seorang yg memahami
sedangkan kau jauh sekali untuk cuba memahami aku...

Aku tahu kau byk masalah, aku juga punyai mslh yg tersendiri
kita sama2 ade mslh tp x bolehkan kite tempuhinye dgn tabah?
x bolehkah kalau kau x lepaskan tekanan kau 2 kat aku?
asyik2 aku yg jadi mangsa? kau ckp aku x pernah nk faham kau...
adakah kau pernah fahami & selami hati aku?

Aku tahu aku makin sensitif sekarang....
pernahkah kau tahu ape sebabnye? siapa penyebabnye? ape puncanye?
x pernah kau soal diri kau sendiri tentang persoalan itu kan?
yg kau nmpak hya aku yg bersalah...aku yg mpersalahkan kau atas semua ini tjadi..
hanya aku....tidak kau.....mmg aku ngaku kdg2 aku bsalah tp puncanye ape?
kau lupa 1 perkara..."xkan pokok bergoyang kalau xda angin.."
Sumpah....aku x pernah terniat, bahkan x pernah terdetik pon utk menyakiti hatimu.

Kau hanya pndai bjanji xkan mengulangi lagi kesilapan dulu,
xkan menyakitiku lagi, xkan membuat aku menangis lg, xkan meninggalkanku lagi,
janjimu, kau akn berubah & akan kau buktikan pada aku, kau janji akan bhgiakan aku,
janji kau akan jaga aku, tapi janji hnya tinggal janji...
syg skali, kau hya mampu bjanji tp x mampu utk kau tunaikan...

Sungguh kesian.............bukan kesian kat aku tp kesian kat kau...
kesian bb kau x dikurniakan sekeping hati yg suci, x dianugerahkan jiwa yg tulus,
x diberikan kasih sayang yg luhur utk kau berikan pd insan yg kau cintai...
kau hya ade kekejaman, pentingkan diri sendiri, x mghargai, & yg plg ketara kau ade...
"KAU BUTA HATI...."

Khamis, 11 November 2010

SABARLAH JIWA

Sabarlah hai jiwa,
andai hasratmu tak terlaksana,
kerana engkau hanya merasakan,
tetapi Allah yang memberi keputusan.


Sabarlah hai jiwa,
tatkala duniamu terasa sempit,
tatkala kau rasa terhimpit,
kerana di sini bukan akhirmu.


Sabarlah hai jiwa,
ketika kau menaruh harapan,
tetapi tak kesampaian,
kerana Allah takkan biarkan kau sendirian.


Tak perlu kau soal,
kenapa Allah tak berikan?
kenapa Allah tak tunaikan?
kenapa derita masih menghimpit?
Apakah kau lebih tahu daripada Dia?


Hai jiwa,
tugasmu adalah melakukan ketaatan,
tugasmu adalah redha dengan ketentuan,
kerana Dia yang menciptakanmu,
takkan sekali-kali mengabaikanmu.


Biarkan mereka berbicara,
biarkan mereka berkata-kata,
kerana pengakhiranmu,
bukan mereka yang tentukan.


Tak mungkin bisa kau hitung nikmatmu,
berbanding deritamu.

Oleh itu,
sabarlah hai jiwa…

KETIKA HATI MENANGIS

Tuhanku….
ketika hati menangis, hanya kau saja yg tahu
Tuhanku….
Ketika mereka meninggalkan aku sendiri
Ketika dunia tiada simpati, Kau tetap mendengar rintihanku
PadaMu tempatku menagih kasih
Ketenangan kurasa mendekatiMu
Syahdu malam tak terasa sunyi
Tuhanku….
Ketika aku dalam kepayahan, dalam kesendirian dihimpit cobaan
Kau beri aku kesabaran, pengalaman mengajar arti kematangan
Lantas Kau membuka pintu hatiku, untuk memberi kemaafan
Pada mereka yang pernah melupakanku
Tuhanku….
Ketika aku buntu
Kau berikan aku kekuatan, kau tunjukkan aku jalan
Kau tak biarkan aku sendirian
Tuhanku….
Yang Maha Pengasih, Rahmatmu tak terkira
Syukurku melangit pun tak tercapai
Sungguh aku merasa berdosa karena dulu sering lalai
Semoga penyesalanku Kau terima

WARKAH UNTUK CALON SUAMIKU

Pernikahan atau Perkawinan,
Menyingkap tabir rahasia ...
Isteri yang kamu nikahi,
Tidaklah semulia Khadijah,
Tidaklah setaqwa Aisyah,
Pun tidak setabah Fatimah ...
Justru Isteri hanyalah wanita akhir zaman,
Yang punya cita-cita, Menjadi solehah ...
Pernikahan atau Perkawinan,
Mengajar kita kewajiban bersama ...
Isteri menjadi tanah, Kamu langit penaungnya,
Isteri ladang tanaman, Kamu pemagarnya,
Isteri kiasan ternakan, Kamu gembalanya,
Isteri adalah murid, Kamu mursyid (pembimbing)-nya,
Isteri bagaikan anak kecil, Kamu tempat bermanjanya ..
Saat Isteri menjadi madu, Kamu teguklah sepuasnya,
Seketika Isteri menjadi racun, Kamulah penawar bisanya,
Seandainya Isteri tulang yang bengkok, Berhati2lah meluruskannya ...
Pernikahan atau Perkawinan,
Menginsafkan kita perlunya iman dan taqwa ...
Untuk belajar meniti sabar dan ridho,
Karena memiliki Isteri yang tak sehebat mana,
Justru kamu akan tersentak dari alpa,
Kamu bukanlah Muhammad Rasulullah atau Isa As,
Pun bukanlah Sayyidina Ali Karamaullahhuwajah,
Cuma suami akhir zaman, yang berusaha menjadi soleh ...

HANYA DIA YANG MENGERTI

Petang itu Ain Najwa termenung di tepi sungai dalam perahu ayahnya mengenangkan dan mengimbas kembali kenangannya bersama Danial Hakim. Segala kenangan bersama Danial bermain-main dalam fikiran dan kepalanya menimbulkan kembali bibit-bibit kerinduannya terhadap insan yang pernah bertahta di hatinya dulu. Sungguh indahnya waktu dia bersama Danial dahulu, namun semua itu hanya tinggal kenangan kini. Kenangan yang akan tetap abadi, bersemadi dan terpahat rapi di dalam sanubari sampai ke akhir hayatnya. Walau apa pun yang akan terjadi, semua kenangan itu akan tetap diingatinya melainkan dia hilang ingatan. Tiba-tiba air jernih mengalir perlahan membasahi pipi tanpa disedarinya. Dia meraba-raba pipinya yang sudah separuh basah dek air jernih yang mengalir tanpa ditahan.
“Mengapa aku harus menangis mengenangkan orang yang sudah pergi meninggalkan aku, mengapa aku harus bersedih di atas kehilangannya, apakah ini suatu ujian untuk menguji ketabahan dan kesabaranku, Tuhan…?” hati kecilnya berbicara dan bertanya, namun jawapan tidak berjaya ditemuinya dengan pasti walaupun berkali-kali persoalan itu muncul. Setelah menyedari kehadiran seseorang, lantas dia menyapu air jernih yang mengalir membasahi segenap ruang pipinya.
“Kamu buat apa di sini, termenung sorang-sorang ya”, suara seseorang menyapa tetapi dia mengenali kepunyaan siapa suara itu walaupun tidak dilihat wajahnya. Namun, dia berpaling dan dilihat kakaknya menatapnya dengan seukir senyuman. Manis sekali senyumannya bak mawar merah yang harum mewangi, namun dia cuba membalas senyuman kakaknya tetapi jelas terasa hambar.
“Mengapa aku kini tidak mampu mengukirkan sekuntum senyuman semanis kakak…???”. Apakah kerana hatiku tidak tenteram dan rasaku tika ini hanya kekecewaan…???
“Eah, tak ada lah, Cuma ambil angin jer, panas sangat kat dalam tu kak”, jawab Najwa dengan seukir senyuman. Namun senyuman yang terukir di bibirnya tetap hambar seakan tersenyum dalam duka. Sebagai seorang kakak sudah semestinya kakaknya memahami keadaan diri adiknya yang masih merindui dan mengingati orang yang sudah meninggalkannya kerana dia juga pernah melalui saat-saat yang amat memeritkan seperti yang dialami oleh adiknya sekarang.
“Kamu tak payah nak tipu akak la dik, dari raut wajahmu, dari senyummu, dari sinar matamu akak dapat memahami segala yang kau tanggung, sabarlah dik…Setiap yang berlaku dalam hidup kita mesti ada hikmahnya.”
“Tapi kak……” belum sempat dia menghabiskan ayat kakaknya terus menyambung seakan mengetahui apa yang ingin dikatakan dan apa yang terbuku dihatinya.
 “Tak payah la kamu ingat kat orang yang dah buang kita jauh dari hidupnya dik, tak payahlah kamu seksa diri kamu kerana orang yang dah tak menghargai kamu, kamu mesti tabah dan tenang untuk meneruskan hidup dik. Hidup kamu masih jauh lagi, masih banyak yang perlu kamu tempuhi, masih ramai yang akan kamu kenali, sekarang masih terlalu awal untuk kamu bersedih di atas kehilangan seseorang dik. Jadikan semua itu sebagai pedoman dan pengajaran. Allah berikan seseorang ujian kerana dia ingin menguji tahap kesabaran seseorang dik, kalau kita boleh tempuhinya dengan tenang , sabar dan tawakal, Insya’Allah kita akan temui pintu kebahagiaan kelak.  Percayalah dik…tiada orang lain yang dapat menolong diri kita sepenuhnya melainkan diri sendiri yang kena berusaha mengubah hidup kita dan melupakan segala yang boleh memusnahkan hidup kita, akak hanya mampu memberikan nasihat dan semangat aje, dan kamu harus gunakan semangat dan nasihat akak tu sebaik mungkin. Semuanya hanya kamu yang mampu mengubahnya. Akak harap kamu tabah dik. Ingat pesan akak tu”.
“Insya’Allah adik akan cuba….terima kasih kak”.
“Akak naik ke rumah dulu yer, jangan termenung lama-lama sangat tau, manis adik akak nie hilang nanti”.
“yer kak…” jawabnya dengan senyuman senang mendengar usikan kakaknya yang amat menyayanginya dan sentiasa ada untuk memberikannya sokongan dan nasihat yang amat berguna.
Lantas dia membelek-belek kembali setiap tutur kata kakaknya sebentar tadi yang berjaya ditangkap oleh benaknya. Kata-kata yang diatur rapi oleh kakaknya tadi juga telah tersusun rapi dalam fikirannya. Dan dia tahu betapa kakaknya menyayanginya dan dia juga amat menyayangi dan menyanjungi kakaknya itu. Setelah ibunya meninggal dunia tujuh tahun yang lalu akibat serangan ‘strok’, kakaknyalah yang banyak memberikan semangat, mencurahkan kasih sayang dan sebagai tempatnya mengadu di samping ayahnya yang tercinta.
Dia teringat kembali peristiwa lalu, suatu malam kedengaran talifon di rumah berdering memecah keheningan malam. Suara unggas dan cengkerik yang menyanyi dengan irama dan nada yang tersendiri bagaikan tenggelam dek suara deringan talifon yang kuat seakan mencemburui kebahagiaan serta kegirangan unggas dan cengkerik yang sedang menyanyikan lagu mengikut melodi tersendiri. Deringan yang memecah keheningan malam terus mati setelah ayah mengangkat talian tersebut. Di hujung talian, suara kakaknya yang dipanggilnya dengan pangilan “Kak Da” kedengaran, dengan suara yang terkulai layu Kak Da memberitahu bahawa emaknya sedang ditahan di Hospital Besar Selayang.
“Assalamuallaikum…. ayah……mak masuk wad….kena serangan strok…..”
“Wa’alaikummussalam, bila lagi…???” dengan cemas ayah bertanya.
“Petang tadi, mak pengsan di rumah…”
“Astagfirullahalazimmm…..” ayah mengucap panjang.

“Tak apalah, kami akan usahakan untuk ke sana dengan secepat mungkin”, jawab ayah lalu meletak gangang talifon. Kelopak matanya kelihatan sedikit bercahaya dan terdapat air bening yang berselindung di sebaliknya menahan kesedihan yang teramat.
Dua minggu lepas emaknya ke Kuala Lumpur untuk bercuti di rumah Kak Da di Selayang, namun keadaan sakit mak sudah lama semenjak di kampung lagi. Emaknya mengidap pelbagai jenis penyakit, lemah jantung, darah tinggi, sakit pada bahagian dada dan bermacam lagi kesakitan yang dialaminya sehinggakan setiap hari dia harus makan ubat tanpa ada cuti pun. Kekadang Najwa kesian melihat emaknya yang setiap hari kena makan ubat, hampir satu gengam ubat yang harus dimakannya. Pernah juga dia terdengar sesekali mak merungut.
“Asyik makan ubat jer tapi tak sembuh-sembuh jugak, makannya bukannya sedikit tapi segengam, tapi tetap juga begini, aku dah jemu dengan ubat-ubat ni...”..rungutan emaknya masih lagi segar dalam ingatannya sehingga kini walaupun sudah tujuh tahun emaknya kembali ke Rahmatullah. Doanya, semoga emaknya ditempatkan dalam kalangan orang-orang terpuji seperti yang telah dijanjikan.
“Mungkin mak dah tak tertahan menghadapi semua kesakitan itu sehinggakan di luar sedar, tanpa kawalan dia merungut sedemikian padahal sebelum ni dia sendiri yang memberitahu aku sewaktu aku demam masa kecil dulu bahawa penyakit itu penghapus dosa dan kita harus tabah menghadapinya”..fikirannya berbicara seakan memujuk hatinya. Dia tahu memang sukar untuk emaknya melawan penyakit yang dihadapinya, namun kita tidak dapat melawan kehendak-Nya, yang Maha Esa. Jika hitam hendak-Nya, maka hitamlah jadinya dan jika putih yang Dia mahu maka putihlah yang akan berlaku. Suratan itu telah termaktub dalam alam ini sejak azali lagi dan tidak seorang pun yang dapat melawan kehendak takdir.
Kak Da memberitahu ayah bahawa keadaan emaknya tenat di sana. Jantungnya dirasa bagaikan luruh, bagaikan dunia menghempap dirinya, bagaikan nyawanya melayan mendengar semua itu daripada ayahnya. Pada malam tersebut juga dia, ayah, achik, dan angah bertolak ke Kuala Lumpur untuk melihat keadaan emak di sana. Dalam perjalanan ke sana dadanya semakin kencang berdebar, fikirannya hanya untuk menemui emaknya sahaja, dan Najwa sempat membaca sedikit ayat-ayat suci al-Quran dan berdoa semoga emak selamat dan keadaan akan kembali seperti sediakala.
Perjalanan yang hampir lapan jam untuk ke sana setelah mereka bertolak selepas isyak pada pukul Sembilan diisi olehnya dengan hanya berdoa dan bermonolog dengan diri sendiri serta dengan Sang Pencipta agar keadaan yang tegang kembali tenang, emaknya kembali pulih seperti sediakala. Dia melihat angahnya membawa kereta dengan penuh berhati-hati dan tenang sekali walaupun dia tahu hati  angahnya tidak setenang dirinya. Dalam kereta masing-masing hanya berdiam diri dan dia tahu masing-masing tidak henti-henti mendoakan agar emak selamat dan cepat sembuh. Lebih kurang pukul lima pagi mereka tiba di Kuala Lumpur dan terus ke Hospital Besar Selayang. Kak Da telah berada di sana menunggu emaknya di hospital, namun mereka tidak dibenarkan masuk kerana masa melawat sudah tamat dan mereka terpaksa menunggu sehingga pukul sembilan pagi untuk masuk melawat.
Rasa kecewa timbul dalam hati mereka ketika itu, dari jauh mereka datang, selama lebih kurang lapan jam perjalanan untuk melawat emak yang terlantar di hospital, menghilangkan rasa rindu, namun mereka tidak dibenarkan untuk berjumpa dengan emak tetapi mereka semua tabah menghadapi setiap ujian dan dugaan yang telah  tersurat dalam kamus kehidupan mereka. Masa yang ada lebih kurang empat jam mereka gunakan untuk membersihkan diri, mengerjakan solat dan beristirehat di rumah Kak Da. Setelah segalanya selesai mereka kembali ke hospital, pukul sembilan mereka dibenarkan masuk ke dalam wad kerana masa melawat telah tiba. Tanpa berfikir panjang, Najwa berkejaran masuk ke dalam wad untuk melihat emaknya setelah empat jam menunggu yang bagaikan empat tahun lamanya.
Setelah sampai di wad emaknya, tidak semena-mena air mata mengalir laju membasahi pipinya kerana tidak dapat mengawal perasaan sedihnya melihat keadaan emaknya yang sedemikian rupa. Kedua-dua kaki dan tangan emak diikat, wayar memenuhi badan, muka cengkung, bibir pecah berdarah, gigi tercabut kerana menahan kesakitan yang teramat. Dia dapat merasakan bahawa emaknya sedang melawan kesakitan yang teramat. Dia turut sama merasai keperitan yang ditanggung oleh emaknya waktu itu, namun apakan daya dia tidak mampu untuk melakukan sesuatu yang boleh mengubah kudrat dan iradat Ilahi. Hanya yang termampu dia lakukan adalah menadah kedua-dua belah tangan menitipkan doa mengharapkan emaknya kembali seperti sediakala menikmati kebahagiaan hidup bersama keluarga tercinta. Namun ternyata Allah lebih menyayangi emaknya. Walaupun pahit dan perit untuk ditelan dia tetap redha menerima segala iradat Ilahi tapi air mata tetap mengalir membasahi bumi Tuhan menandakan dia amat menyayangi ibunya. Sesungguhnya kita semua hanyalah utusan-Nya yang sementara di muka bumi ini.
Kini dia tersedar bahawa dia kini masih di alam nyata. Dia teringat kembali pergaduhannya dengan Danial sebelum dia balik ke kampung untuk menghabiskan cuti semesternya. Pergaduhannya hanyalah kerana perkara kecil sahaja tapi masing-masing mempunyai masalah membuatkan hubungan mereka bertambah tegang. Najwa dengan pelbagai masalah, masalah kewangan, masalah dengan kawan-kawan, tekanan perasaan kerana waktu itu merupakan minggu peperiksaan akhir semesternya. Manakala Danial juga dengan masalah kewangan, tekanan kerja dan sebagainya. Pelbagai masalah itu telah menguji keteguhan percintaan dan kasih sayang mereka dan akhirnya mereka tewas jua kerana masing-masing mempunyai ego yang sukar dikawal. Setelah Najwa balik ke kampung halaman, dia berazam dalam tempoh cuti selama dua bulan itu dia ingin menenangkan diri, kenal diri, dan muhasabah diri sekaligus dia juga ingin Danial juga turut melakukan perkara yang sama supaya masing-masing lebih menghargai antara satu sama lain sesudahnya. Dalam waktu itu, pujukan Danial tidak dilayan, seingatnya selama dua minggu juga Danial memujuknya, namun dia tetapkan nekadnya azamnya supaya masing-masing kenal diri dan menghargai antara satu sama lain. Walaupun dia tidak melayan Danial, namun di hatinya hanyalah dirinya yang bertahta dan dia memang benar-benar menyayangi Danial, namun mungkin cara yang diambilkan mungkin sedikit salah kerana dia memberitahu Danial bahawa dia sudah ada penggantinya. Kenapa pembohongan itu senang dilakukan olehnya sedangkan semua itu hanyalah pembohongan semata-mata dan hanya Danial seorang yang dicintai dan dirinduinya setiap detik dan saat. Betapa peritnya hati ketika melakukan pembohongan itu demi mencapai misinya untuk membuatkan Danial menghargai dirinya. Lebih perit lagi untuk ditelah setelah dia mengetahui bahawa Danial sudah mengisi kekosongan jiwanya dan mencari pengganti dirinya.
 “Mengapa harus sepantas itu? Mengapa engkau tidak pernah memahami isi hatiku? Mengapa sanggup dirimu melakukannya? Tidakkah engkau sedar yang selama ini aku hanya inginmu lebih menghargai dan menyayangiku? Adakah kerana pembohonganku yang menyatakan bahawa aku sudah ada penganti yang membuatkan dirimu juga mencari pengantiku? Tidakkah kau mengerti sayang bahawa semua itu satu pembohongan agar kau lebih menghargai diriku? Tidakkah kau tahu bahawa aku terlalu sayang padamu? Tidakkah kau fahami bahawa hanya kau yang bertahta di hatiku? Adakah aku yang salah kerana ingin membetulkan keadaan dengan cara yang salah? Memang….memang aku yang salah dan aku terpaksa terima hukuman berat ini sebagai balasannya”. Segala perasaan pilu Najwa memuncak, lautan hatinya bergelora, angin jiwanya bertiup kencang bagaikan taufan.
Setiap malamnya terasa sepi dan hanya ditemani air mata, kerinduannya bergelora, namun apakan daya, hendak menghubungi orang yang masih disayanginya pun dia tidak mampu kerana terlampau kecewa dengan Danial yang sepantasnya mencari penganti dan kecewa dengan dirinya sendiri yang salah memilih cara untuk mengukuhkan perhubungannya bersama orang yang disayanginya. Namun, apa yang boleh dilakukannya lagi hanya sekadar meratapi segala derita bersalut duka yang diciptanya sendiri. Pernah Najwa merayu dan cuba menerangkan keadaan sebenar kepada Danial, namun dia hampa. Masih lagi dia ingat Sistem Pesanan Ringkas (SMS) yang dibalasnya kepada Danial untuk memujuk dan menjelaskan segala-galanya.
“Assalamualaikum…maaf la kalau saya kacau awak”.
“Wa’alaikumussalam…tak apa, tak ada kacau pun, ada apa lagi awak mesej saya”.
“Saja tanya khabar, tak boleh ke?”.
“Awak…kalau awak mesej sekadar untuk menyakitkan hati saya, baik tak payah la….”.
“Saya bukan nak menyakitkan hati awak, cuma nak bertanya khabar sahaja, salah ke?”.
“Memang la tak salah tapi saya nak melupakan awak, kalau awak selalu mesej saya sampai bila-bila pun saya tak dapat melupakan awak”
“Jadi awak tak payah la lupakan saya”.
“Awak cakap memang senang tapi yang menanggungnya saya, awak tahu tak betapa sakitnya saya setelah mengetahui awak dah ada pengganti saya sepantas kilat?”.
“Awak juga yang bagi tahu saya yang awak dah ada penganti saya juga kan?”.
“Awak…semua itu hanyalah satu pembohongan untuk memberikan awak kesedaran, supaya awak muhasabah diri dalam waktu ketiadaan saya itu, supaya awak lebih menghargai saya, dan saya pun cuba untuk muhasabah diri sendiri untuk lebih menghargai awak tapi awak tak pernah nak faham semua itu”.
“Itu bukan caranya untuk membetulkan keadaan, masih ada cara lain lagi yang awak boleh guna, cara awak itu tak betul, awak tahu tak?”.
“Saya tahu cara saya itu salah, saya minta maaf. Dan sampai sekarang saya masih menyayangi awak, saya sedar segala kesalahan saya dan saya nak awak kembali kepada saya”.
“Maaf la awak, antara kita sudah tak ada jodoh”.
“Tak apa la, maaf kalau saya mengganggu awak. Assalamualaikum…”

Berderai air mata Najwa, hancur hatinya, ranap jiwanya setelah Danial menyatakan bahawa antaranya sudah tiada jodoh. Najwa hanya mampu menangis di kala dia sendirian dan waktu malamlah yang biasanya digunakan olehnya untuk melepaskan kerinduan dan menghilangkan segala duka, membuang segala lara nestapa dengan hanya menangis di dalam biliknya. Untuk dia menangis di siang hari takut kalau-kalau diketahui oleh ayah dan keluarganya yang lain kerana dia tidak mahu mereka turut merasai kesedihan yang dialami olehnya. Segala sengsara yang dicarinya biarlah ditanggungnya sendiri.
Setelah dua bulan di kampung, akhirnya Najwa kembali ke Universiti Pendididkan Sultan Idris (UPSI) untuk meneruskan pengajiannya bagi semester lima. Setelah Danial mengetahui bahawa Najwa telah kembali ke tempat pengajiannya semakin kerap pulak dia menghubungi Najwa dengan SMS dan panggilan untuk berjumpa, namun Najwa tetap tidak mahu menjumpai Danial kerana dia takut tidak dapat mengawal perasaannya yang masih sayangkan Danial dan kerana kecewa dengan diri Danial yang tidak pernah mahu memahaminya. Pernah satu hari Danial datang bersama rakan-rakannya untuk menggambil barang-barang yang diberikan kepada Najwa dahulu disebabkan Najwa sendiri yang meminta Danial berbuat begitu keran tidak mahu menyimpan barang  yang boleh membuat dirinya mengingati kenangan lalu yang boleh menyebabkan jiwanya tersiksa. Najwa tetap berdegil tidak mahu menjumpai Danial. Oleh itu, hanya kawan-kawan Danial sahaja yang  mengambil barang-barang tersebut. Namun, Danial masih lagi menghubungi Najwa dan dia tahu bahawa Danial masih sayangkannya dan tak dapat melupakannya tetapi ego lelakinya masih tetap tinggi. Dan Najwa juga yakin dan percaya bahawa Danial mencari penggantinya hanya kerana ingin membalas dendam terhadap dirinya sahaja sedangkan cinta dan sayangnya untuk perempuan itu tidak ada sama sekali. Akhirnya Danial membuang perasaan egonya yang tinggi dengan menyatakan bahawa dia tidak dapat melupakan Najwa, rindu akan Najwa, sayang akan Najwa, selama ini dia terseksa kerana memaksa diri menyayangi orang lain yang tidak mampu dia sayangi. Akhirnya Najwa menerima Danial kembali kerana dia juga sama seperti Danial yang amat menyayangi, merindui dan mencintai Danial sepenuh hati walaupun masih terselit sedikit benci dan luka dihatinya. Orang Indonesia cakap “benci” itu merupakan singkatan bagi perkataan “benar-benar cinta” dan Najwa akui bahawa dia memang “benci” akan Danial. Mereka berjanni akan saling menyayangi, mempercayai, menghargai, memahami, jujur, ikhlas dan akan tetap tabah menghadapi sebarang ranjau kehidupan bersama walaupun di waktu senang mahupun di kala susah. Mereka akhirnya hidup bahagia dengan limpahan kasih sayang dan saling mempercayai antara satu sama lain. Mungkin semua ini adalah takdir Tuhan yang Maha Esa dan Najwa bersyukur kerana Tuhan masih menyayangi dan memanjangkan jodohnya bersama Danial. Qada’ dan Qadar Ilahi harus diterima dan tiada siapa yang boleh menentang takdir-Nya. Sesungguhnya hanya Dia yang mengerti.

PUISI UNTUK PARA PEJUANG

Di sini 
     menusia menguruskan diri sendiri
     mencari bekal masing-masing dari daerah kelahiran
     dan dengan langkah berani mengharung
     lautan gelombang di sini
     yang sesekali ganas namun tidak kejam
 
     Hidup di sini memang payah
     terpaksa menempuh duri susah
     melawan rasa kantuk
     berlarian antara dewan kuliah
     dan khutub khanah
     sesekali langkah rasa ingin berhenti
     namun mutiara masih belum lagi erat tergenggam di jari
     selagi itu, roh dan semangat perlu terus diisi
 
     Kekadang sulit sebenarnya
     melawan rasa rindu
     menentang rasa sendu
     bila sesekali
     desa kelahiran memanggil-manggil
     untuk pulang
     atau suara emak dan ayah lembut gemersik
     menyata rindu yang berputik
 
     Aduhai para pejuang
     langkah masih terlalu amat pangjang
     kutiplah semangat di sepanjang titian
     agar nanti mutiara bercahaya memancarkan seri
     bayaran untuk susah dan duri
     sepanjang di sini.

Rabu, 10 November 2010

TEORI PERKATAAN CINTA

dAHULU,                                                     
aKU dIAJAR mAKNA pKATAAN                       
C.I.N.T.A                                                   
dIA mENULIS dI hATIKU                                
kUHAFAL & kUSEBUT sELALU                             
lAMA-kLAMAAN iA bSEMADI dI sITU                  
kUKUH & uTUH bGAI tPAHAT pD bATU bSURAT

eS0KNYA,                                                    
aKU dIAJAR lGI                                                      
tTG sEPATAH pKATAAN yG bLM kUMENGERTI                   
R.I.N.D.U                                                          
tANPA mGETAHUI mAKNA & eRTINYA                            
iA mJDI rAHSIA hATIKU

hARI bERIKUTNYA,                                                               
1 pKATAAN lG aKU tERIMA                               
K.A.S.I.H                                                                     
yG tLALU sUKAR uTK dIA bERIKN mAKNA                          
lALU mGATAKAN iA sPT                                                
mALAM yG aDA pD tIKA wAKTU sIANG

mINGGU yG bARU,                                                    
dIA tTP mGAJARKU sSUATU yG uNIK                                  
tTG cERITA yG aGAK pJG                                                              
dISEBUTNYA bBRAPA kALI pKATAAN               
s.a.y.a.n.g                                                          
mGKN iNI yG hARUS kUMENGERTI

kINI,                                                                         
dIA mGAJARKU 1 pKATAAN lG                          
B.A.H.A.G.I.A                                                          
aKU bENAR2 mGERTI aKN iTU                                
kERANA hATIKU kINI mRASAKNNYA...